โPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa kanser kini penyebab kedua tertinggi kematian di dunia. Kira-kira 1 daripada setiap 6 kematian yang berlaku adalah disebabkan oleh kanser.
Menurut laporan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia 2012-2016, secara keseluruhannya 3 jenis kanser yang kerap berlaku di Malaysia adalah ๐ค๐๐ง๐ฌ๐๐ซ ๐ฉ๐๐ฒ๐ฎ๐๐๐ซ๐ (19%), ๐ค๐๐ง๐ฌ๐๐ซ ๐ค๐จ๐ฅ๐จ๐ซ๐๐ค๐ญ๐๐ฅ (13.5%) dan ๐ค๐๐ง๐ฌ๐๐ซ ๐ฉ๐๐ซ๐ฎ-๐ฉ๐๐ซ๐ฎ (9.8%).โ
(Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, 2020)
Berikut antara tip-tip yang boleh diamalkan untuk menjadi individu bebas kanser:
๐๐๐ #1: ๐ผ๐๐ผ๐๐๐ผ๐ ๐๐๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐ผ๐๐ ๐ฝ๐๐๐๐๐ผ๐๐๐ผ๐ ๐ฟ๐ผ๐ ๐๐๐๐๐ฝ๐ผ๐๐ ๐๐๐๐๐ผ ๐๐ผ๐๐ผ ๐๐๐ฟ๐๐ ๐๐๐๐ผ๐
Pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat perlu diutamakan berbanding makanan yang telah diproses seperti sosej, makanan bertin dan makanan sejuk beku.
Selain itu, setiap individu disaran melakukan aktiviti fizikal selama 150 minit setiap minggu untuk kekal aktif dan cergas.
๐๐๐ #2: ๐๐๐๐ผ๐๐๐ผ๐ ๐ฝ๐๐๐ผ๐ ๐ฝ๐ผ๐ฟ๐ผ๐ ๐๐๐๐๐๐
Masalah obesiti atau lebih berat badan merupakan antara punca kepada 13 jenis kanser. Paling membimbangkan, ramai penduduk Malaysia mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) melebihi 30 menyebabkan mereka lebih cenderung untuk mendapat kanser.
๐๐๐ #3: ๐๐ผ๐ฟ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐ผ๐๐ฝ๐๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐๐ผ๐ ๐ฝ๐๐๐ผ๐๐๐๐๐๐
Pengambilan minuman beralkohol berkait rapat dengan peningkatan risiko beberapa jenis kanser yang berbeza termasuk kanser mulut, esofagus, usus, hati, dan payudara. Jadi, hadkan pengambilan minuman beralkohol untuk mengurangkan risiko mendapat kanser.
๐๐๐ #4: ๐ฝ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Kanser paru-paru merupakan kanser yang paling kerap dihidapi oleh perokok aktif serta pasif. Bahan kimia dan tembakau yang terkandung di dalam rokok boleh menjadi salah satu punca pembentukan sel-sel kanser di dalam badan terutamanya di bahagian paru-paru. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diamalkan untuk membantu anda berhenti merokok. Anda boleh menghubungi talian hotline untuk membantu anda berhenti merokok.
๐๐๐ #5: ๐๐๐๐ฟ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฟ๐ผ๐๐๐๐ผ๐ฟ๐ผ ๐๐๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐
Pendedahan terlalu lama terhadap sinaran ultraviolet (UV) adalah faktor risiko utama bagi kebanyakan jenis kanser kulit. Hadkan aktiviti luar anda diantara pukul 10.00 pagi-4.00 petang sekiranya perlu kerana sinaran UV adalah tinggi pada waktu tersebut. Jika anad berada di luar pada waktu tersebut, pastikan anda memakai payung, topi, baju berlengan panjang atau seluar panjang bagi melindungi kulit anda daripada terdedah kepada sinaran UV.
Pastikan juga anda menggunakan losyen pelindung matahari โsunscreenโ setiap hari walaupun cuaca kelihatan mendung pada hari tersebut. Anda perlu memilih pelindung matahari yang berspektrum luas yang mempunyai perlindungan daripada sinaran UVA dan UVB serta SPF 30 atau lebih.
๐๐๐ #6: ๐ฝ๐๐๐๐ผ๐๐-๐๐ผ๐๐ ๐ฟ๐๐๐๐ผ๐ ๐๐ฟ๐ผ๐๐ผ ๐๐ผ๐๐ ๐ผ๐๐ฟ๐ผ ๐๐๐ฟ๐๐
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), keadaaan persekitaran menyumbang kepada 19% kes kanser. Faktor risiko terjadinya kanser paru-paru adalah berpunca daripada pencemaran udara. Sebagai contoh, debu asbestos yang berada di udara berkait rapat dengan kejadian kanser paru-paru, mesothelioma, tekak, dan kanser ovari. Untuk mengurangkan risiko tersebut, guna alat perlindungan pernafasan jika pekerjaan anda terdedah dengan bahan asbestos atau bahan penyebab kanser yang lain.
๐๐๐ #7: ๐๐ผ๐๐๐๐ผ๐ ๐๐ ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐ผ๐๐ผ๐
Jika anda berasa kelainan di mana-mana anggota tubuh badan anda, segera lakukan ujian saringan awal atau berjumpa dengan doktor yang terdekat bagi pemeriksaan lanjut.
๐๐ก๐๐๐ง! Pemeriksaan awal mampu mengubah hidup anda.
Kanser ini boleh dirawat sekiranya dikesan pada tahap awal. Oleh itu ujian saringan atau pengesanan awal perlu dijalankan sekiranya terdapat salah satu faktor risiko yang anda alami.
Antara ujian pengesanan awal yang boleh dilakukan adalah:
1. Kanser payudara
โข Mammogram
โข Ultrasound
2. Kanser serviks
โข Ujian Pap-Smear
โข Ujian Human Papillomavirus (HPV)
3. Kanser kolorektal
โข Kolonoskopi
4. Kanser paru-paru
โข X-Ray
โข CT Scan