Mungkin digambarkan sebagai perasaan tidak stabil atau rasa hendak pitam.
Dalam keadaan normal, keseimbangan deria dikawal oleh isyarat otak yang menerima isyarat dari beberapa lokasi, mata, saraf sensori dan telinga. Keseimbangan yang terbaik bergantung kepada sekurang-kurangnya dua dari tiga sistem yang sensori berfungsi dengan baik. Sebagai contoh, tutup mata semasa berdiri, tidak bermakna anda hilang keseimbangan. Isyarat dari telinga dalam dan saraf sensori membantu anda tegak dan stabil.
Walau bagaimanapun, jika sistem saraf pusat tidak boleh memperoses isyarat dari semua lokasi atau sistem sensori tidak berfungsi sepenuhnya atau mesej bercanggah, anda mungkin hilang keseimbangan. Kebanyakan pening akan berakhir dengan cepat tetapi ia mungkin sebagai gejala keadaan yang lebih serius.
Sebab
Penyebab pening adalah:
Vertigo- perasaan badan berpusing-pusing atau rasa persekitaran anda berpusing
Gangguan telinga dalam (vestibular neuronitis akut atau labyrinthitis)
Sekali sekala ,benign vertigo berkaitan dengan perubahan kedudukan badan.
Mastoiditis (radangan pada mastoid)
Kurang aliran darah ke telinga tengah akibat atherosclerosis (plak lemak dalam salur darah) terutama pesakit Diabetis Mellitus (Kencing manis), Hypertension ( Darah tinggi) dan Hypercholestrolaemia (berlebihan kolestrol dalam darah)
Sakit kepala yang ringan
Gangguan telinga dalam
Gangguan kerisauan seperti serangan panik, agoraphobia ( perasaan gerun melintasi tempat lapang)
Hyperventilation (pernafasan cepat)
Hilang cecair badan contoh peluh berlebihan.
Perubahan tekanan darah disebabkan oleh ubatan seperti ubat darah tinggi, ubat diuretic dan ubat kemurungan.
Keadaan medikal seperti diabetes dan penyakit Parkinson.
Anaemia
Muntah-muntah
Loya dan muntah apabila menaiki kereta, kapal terbang, bot atau kapal.
Tanda & Gejala
Perasaan persekitaran berpusing atau bergerak (vertigo)
Hilang keseimbangan
Loya
Tidak stabil
Sakit kepala sedikit
Pitam
Lemah
Letih lesu
Sukar memberi tumpuan
Pandangan kabur selepas menggerakkan kepala dengan cepat
Perasaan penuh dalam telinga, berdengung atau berdesing dalam telinga dan kadang kala hilang pendengaran .
Komplikasi
Walaupun pening selalunya sedikit, jumpalah doktor jika anda mengalami pening berpanjangan dan diikuti dengan gejala berikut:
Sakit kepala bertambah.
Pandangan kabur.
Hilang pendengaran.
Gangguan pertuturan.
Lemah pada kaki dan tangan.
Hilang tahap kesedaran.
Jatuh atau sukar berjalan.
Kebas atau rasa menyucuk.
Sakit dada atau sedar denyutan jantung cepat.
Pening menyebabkan risiko tinggi untuk jatuh dan membawa kecederaan kepada anda. Jika berlaku semasa memandu kereta atau mengendalikan jentera berat boleh menyebabkan kemalangan.
Rawatan
Rawatan bergantung kepada penyebab.
Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV).
Keadaan telinga dalam.
Senaman latih keseimbangan (vestibular rehabilitation) digunakan untuk merawat “acute vestibular neuronitis or labyrinthitis”.
Penyakit Meniere’s
Kurangkan retensi cecair melalui ubatan diuretik (buang cecair badan) atau perubahan makanan contoh kurangkan garam dalam makanan)
Pembedahan mungkin diperlukan
Migrain Vestibular
Elak sesetengah makanan
Kurangkan tekanan perasaan
Tetapkan corak tidur
Doktor mungkin memberikan ubat untuk migrain dan vertigo
Gangguan kerisauan (Anxiety disorders)
Kaunseling
Ubat .Anti-anxiety mungkin dipreskripsikan
Jika anda mengalami pening:
Elak memandu kereta atau kendalikan jentera berat jika kerap pening.
Elak dadah, alkohol atau merokok.
Pencahayaan yang terang jika turun dari katil pada waktu malam.
Berhati hati kemungkinan anda hilang keseimbangan.
Elak mengubah kedudukan dengan cepat.
Elak terlalu mengerakkan kepala (terutama melihat ke atas)
Elak terdedah kepada keadaan ketegangan atau kerisauan atau perkara yang merangsangkan pening termasuk sebarang alahan.